fbpx

Akid Darwisy tidak henti sebut ‘mama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kenangan dua beradik itu bersama ibu, Suhana dan bapa, Ridwan (gambar kecil).

KOTA BHARU – Dua beradik yang kematian ibu bapa dalam kemalangan di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang bulan lalu masih trauma selepas menyaksikan orang tua mereka maut depan mata.

Paling menyedihkan, anak kedua pasangan itu, Akid Darwisy Ridwan Effendy, 9, tidak henti-henti menyebut ‘mama’ ketika ahli keluarga berkumpul pada majlis tahlil di rumah neneknya di Kampung Tunjong, di sini baru-baru ini.

Ibu saudaranya, Suhaili Khairud­din, 49, berkata, Akid Darwisy dan kakaknya, Qaisara Damia, 15, kini tinggal bersama nenek mereka, Wan Rahani Wan Zin, 66, namun keluarga sebelah bapa kerap menziarahi mereka.

“Saya difahamkan Akid Darwisy selalu menyebut ‘mama’ apabila dia melihat sepupu bersama ibu bapa mereka.

“Melihat keadaan itu, saudara-mara selalu memujuk mereka berdua apabila berkumpul di rumah ibu saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

KEADAAN kereta Kia Rio dinaiki pasangan suami isteri yang terlibat kemalangan di Gua Musang pada 2 Jun lalu.

Suhaili berkata, kedua-dua anak saudaranya itu masih bersekolah di Mulong, di sini.

Dalam kejadian pada 2 Jun lalu, seorang anggota tentera dan isterinya yang mengandung anak kembar maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tembok longkang dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing.

Ridwan Effendy yang memandu kereta jenis Kia Rio dan isterinya, Suhana Khairudin, 37, seorang suri rumah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suasana hiba mengiringi pengebumian suami isteri itu di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tunjong, Kota Bharu apabila anak sulung, Qaisara Damia me­rintih memanggil ‘papa’ dan ‘mama’ di tepi pusara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI