fbpx

Kembar tiga teruja kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlida membetulkan penutup muka dan hidung tiga anak kembarnya sebelum memasuki perkarangan sekolah pada hari pertama persekolahan tahun 1 hingga 4 di SK Taman Perling 3, Johor Bahru, Johor. Foto - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pasangan kembar tiga teruja apabila dapat kembali menjalani sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling 3 di sini hari ini selepas hampir empat bulan sekolah ditutup.

Pasangan kembar, Syed Muhammad Raiyan Syed Muhammad, 10, Sharifah Raniya Azzahra,10 dan Sharifah Raiyna Azzahra, 10, seawal pukul 6 pagi sudah bangun untuk bersiap sedia ke sekolah.

Pasangan kembar itu antara 575,144 pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh negeri Johor yang memulakan sesi persekolahan sepenuhnya selepas sekolah ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan pada 18 Mac lalu.

Menurut ibu mereka, Norlida Johari, 39, ketiga-tiga anaknya itu diajar untuk berdikari malah mereka murid tahun empat itu menguruskan baju serta peralatan dengan sendiri.

“Pukul 6 pagi mereka dah bangun bersiap untuk ke sekolah, mereka mungkin teruja sebab sudah lama tidak sekolah, rindu kawan-kawan dan guru-guru.

“Saya pesan dekat anak supaya sentiasa ikut arahan cikgu dan pakai pelitup muka serta kerap cuci tangan,”katanya ketika ditemui di pekarangan SK Taman Perling 3 di sini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Johor, Shaharuddin Saari berkata, semua 1,187 sekolah di negeri ini menyediakan kelas secukupnya walaupun kedudukan murid dan pelajar terpaksa mengikut penjarakan sosial berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Katanya, selain pelajar sekolah rendah dan menengah, seramai 21,315 murid prasekolah turut memulakan sesi persekolahan hari ini. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI