fbpx

[VIDEO] Sanggup tunggu lebih 12 jam mahu jumpa Ayah Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan orang ramai sanggup beratur untuk berjumpa dengan Ayah Mat.

PETALING JAYA – Gara-gara penangan pengamal perubatan Islam yang didakwa mampu menyembuhkan penyakit, seorang wanita sanggup beratur dan menunggu lebih 12 jam untuk mendapatkan rawatan.

Bukan wanita itu sahaja, malah ‘fenomena’ pengamal perubatan Islam dikenali sebagai Ayah Mat jelas kelihatan apabila lebih 600 orang sanggup menunggu untuk bertemu lelaki tersebut  setiap hari.

Menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok @hsaq86_shop, pusat rawatan Islam dimiliki oleh Ayah Mat di Ketereh, Kelantan mula dibanjiri orang ramai sejak pukul 9 malam.

Kelihatan di dalam video itu, ramai yang sanggup beratur dan ada yang duduk atas jalan sehingga tertidur walaupun jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Bagaimanapun, menurut pengguna TikTok itu, dia masih tidak berjaya mendapat nombor giliran walaupun sudah beratur seawal itu.

“Pada pukul 2 pagi orang sudah penuh beratur. Tapi tetap tidak dapat nombor. Ada yang pukul 9 malam dah mula beratur.

“Setiap hari hanya 600 orang dibenarkan berjumpa dengan Ayah Mat dan seorang hanya boleh ambil lima nombor giliran,” tulisnya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.1 juta tontonan, 17,000 tanda suka dan 2,964 perkongsian.

Di ruangan komen, beberapa pengguna mengakui pernah berada dalam situasi sama termasuk ada seorang wanita sanggup menunggu lebih 12 jam untuk berjumpa Ayah Mat.

“Saya beratur ambil nombor dari pukul 11 malam. Enam jam tunggu dapat nombor giliran 187. Pukul 10 pagi pergi jumpa Ayah Mat, tapi pukul 2 petang baru dapat jumpa. Tapi jumpa Ayah Mat tak sampai lima minit pun,” komen Nur.

“Tunggu dari 11 malam baru dapat nombor pukul 5 pagi esoknya. Buat rawatan 8 pagi, 8.05 pagi sentuh tangan dan siap. Yang dah pergi tu meh kita pakat gelak,” komen Needa pula.

“Yang beratur ni saya percaya, ada ahli keluarganya yang sakit teruk. Mesti dah merata pergi. Ikhtiar macam-macam. Demi orang tersayang, digagahkan juga beratur berjam-jam. Semoga diberi kesembuhan buat pesakit-pesakit ini,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

@hsaq86_shop 2 Pagi Kita Mari..X dapat nombor.. Ada yg 9 mlm dah beratoq… #ayahmat ♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI