fbpx

Rider tunjuk ‘anu’ depan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan rider itu melakukan aksi tidak senonoh di hadapan masjid. - @medantalkid

JAKARTA – Perbuatan seorang penghantar barang (rider) selamba melakukan aksi tidak senonoh terhadap dua wanita di depan masjid mengundang perhatian ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @medantalkid, lelaki yang mengenakan pakaian seragam rider itu dilihat menunjukkan alat sulit ke arah dua wanita terbabit. 

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipanggil oleh rider tersebut sebelum dia membuka seluarnya lalu melakukan aksi tidak senonoh itu. 

“Saya dan rakan hanya berdua, tiba-tiba rider di hadapan masjid itu memanggil kami berdua lalu dia membuka celana dan menunjukkan alat sulitnya,” kata seorang mangsa. 

Disebabkan ketakutan, mereka segera menjauhkan diri dan merakam kejadian tersebut. Namun, rakaman itu tidak jelas karena diambil dari jarak jauh.

Identiti suspek masih belum diketahui kerana mukanya dihalang dengan topi keledar dan topeng muka.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen berang dengan perbuatan rider itu. 

“Rasanya ini bukan pertama kali, dia memang sudah berkeliaran melakukan perbuatan seperti ini,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Lempar sahaja batu kepada orang sebegini,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI