fbpx

Nelayan salah guna dadah berkurang semasa musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (tiga dari kiri) beramah mesra dengan nelayan pada Program Polis Bersama Masyarakat dan Sesi Dialog Dengan Nelayan di Kompleks Pendaratan Ikan Pengkalan Petah, Tawang, Bachok hari ini.

BACHOK – Kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan di sekitar Perairan Tok Bali, Pasir Puteh di sini dilihat semakin berkurang terutamanya ketika musim tengkujuh melanda negeri sejak sebulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, bagaimanapun, pengedar tetap menyasarkan golongan nelayan sebagai tumpuan utama untuk menjual dadah meskipun mereka kurang turun ke laut semasa musim tengkujuh.

Katanya, aktiviti itu dikesan berkurang dalam tempoh itu selain nelayan sukar untuk mendapatkan bekalan dadah berikutan kawalan ketat oleh pihak berkuasa di perairan negara.

Katanya, berdasarkan maklumat dari Persatuan nelayan Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh, penyalahgunaan dadah dalam kalangan nelayan jelas dilihat amat berkurangan pada tahun ini.

“Ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak turun ke laut terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang dilaksanakan baru-baru ini sebelum bersambung dengan musim tengkujuh.

“Selain itu, siasatan juga mendapati kebanyakan nelayan mengalami masalah kewangan apabila mereka tidak turun ke laut sejak beberapa bulan lalu. Keadaan itu menyukarkan mereka yang terdiri daripada penagih dadah untuk membeli bekalan,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada Program Polis Bersama Masyarakat dan Sesi Dialog Dengan Nelayan di Kompleks Pendaratan Ikan Pengkalan Petah, Tawang di sini hari.

Menurut Abdullah, program itu berupaya memberi kesedaran kepada orang ramai terutama nelayannya berhubung kegiatan penyalahgunaan dadah dan jenayah curi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI