fbpx

Pegawai bomba cedera bantu padam kebakaran gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN kebakaran sebuah gudang menyimpan barang runcit di Kuantan malam semalam.

KUANTAN – Seorang pegawai bomba cedera ketika bertugas membantu mengawal kebakaran yang berlaku sebuah gudang Jalan Bukit Ubi, di sini malam semalam.

Mangsa, Kamerul Bieza Mohamed Kassim dikatakan mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Datuk Ir Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, mangsa mengalami kecederaan setelah terjatuh ekoran licin ketika berjalan dalam air bercampur minyak panas.

“Mangsa melecur tahap dua dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk menerima rawatan. Mangsa bagaimanapun dibenarkan pulang setelah menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, sebuah gudang menyimpan barangan runcit terbakar dalam kejadian pada pukul 9 malam semalam.

Wan Mohammad Zaidi memberitahu, pihaknya menerima panggilan pukul 9.12 malam dan jentera tiba di lokasi pada pukul 9.24 malam.

Seramai 19 anggota dan tujuh pegawai serta dua lori tangki air dan tiga jentera bomba dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng dikerahkan ke lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI