PERCINTAAN dua bintang terkenal Bollywood, Karisma Kapoor dengan Abhishek Bachchan suatu ketika dahulu bukan lagi rahsia.
Ikatan cinta mereka mendapat sokongan ramai malah kedua-dua belah keluarga turut tiada masalah dengan hubungan tersebut.
Namun sumber mengatakan cinta yang termeteri selama lima tahun terputus ketika dalam fasa bertunang hanya disebabkan Karisma enggan tinggal serumah dengan mentua iaitu Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan.
Susulan itu, kata sepakat dicapai dan pertunangan mereka diputuskan sekitar 2003 sehingga mengundang kejutan peminat.
Kisah lampau tersebut menjadi bahan ungkitan netizen selepas isteri Abhishek yang juga pelakon, Aishwarya Rai didakwa ‘angkat kaki’ kerana sudah berasa kurang selesa tinggal di rumah mentua.