fbpx

Bekas ADUN Kota meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dahalan.

REMBAU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dahalan Aman, 91, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan angin ahmar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, pukul 9.50 pagi tadi.

Anak ketujuh arwah, Rosli Dahalan, 54, berkata, arwah sebelum ini terjatuh di rumah di Kampung Sungai Layang Jumaat lalu dan dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, susulan kejadian berkenaan, arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke HTJ  serta dibantu melalui alat bantuan pernafasan.

“Isnin lalu, ayah baru sahaja dipindahkan ke wad biasa dan pagi ini ayah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Ayah merupakan seorang yang sangat tegas dan sepanjang tiga penggal ayah memegang jawatan sebagai wakil rakyat iaitu dari tahun 1969 hingga 1982, ayah memang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin berjiwa rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rosli berkata, jenazah disembahyangkan di kediaman arwah di Kampung Sungai Layang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bongek selepas asar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI