fbpx

Speedy Tigers kena lanyak Jerman 10-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki negara meraih pengalaman berharga selepas dibelasah Jerman yang merupakan juara Piala Dunia 2023. - MHC

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh meluahkan kekecewaan dengan prestasi yang dipamerkan anak-anak buahnya ketika dibelasah 1-10 oleh Jerman dalam perlawanan persahabatan siri jelajah Eropah 2024 di Monchegladbach semalam.

Gol tunggal skuad Speedy Tigers ke atas lawan di ranking kelima dunia itu hadir menerusi pemain tengah berpengalaman, Mohd. Fitri Saari pada minit ke-47 melalui pukulan sudut penalti.

“Sejujurnya tidak sangka dengan jumlah jaringan tersebut. Barisan pertahanan tidak bekerja dengan baik dan bagi ruang kepada lawan untuk menerima serta menjaringkan gol.

“Kita juga tidak begitu klinikal dalam kawasan D. Keputusan yang agak mengecewakan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Bagaimanapun, ketua jurulatih itu tetap memuji aksi skuadnya yang berjaya mengaplikasikan corak permainan menyerang secara berani dan taktikal walaupun berdepan lawan yang turun dengan status selaku juara dunia.

“Dari sudut positif, pemain sebenarnya mampu untuk bermain dengan Jerman tetapi tidak berapa konsisten dan banyak perkara perlu diperbaiki. Mereka juga berani untuk bermain corak menyerang.

“Barisan kejurulatihan berharap pemain dapat bangkit dan memperbaiki kelemahan yang berlaku. Ini merupakan tanggungjawab yang besar buat barisan kejurulatihan bagi memperbaiki pasukan,” kata Sarjit.

Tiga perlawanan sebelum ini menyaksikan skuad bimbingan Sarjit berjaya meraih dua kemenangan ke atas Belgium B dan tewas kepada pasukan senior negara berkenaan.

Seterusnya, Speedy Tigers akan kembali beraksi di Pusat Hoki dan Tenis Gladbach menentang kelab Jerman, Monchengladbach awal pagi Rabu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI