fbpx

Jelitawan Ukraine pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHUCHIKH meraikan kejayaannya memecahkan rekod dunia lompat tinggi di Paris malam tadi. - AFP

PARIS – Ratu lompat tinggi Ukraine, Yaroslava Mahuchikh meraih suntikan terbaik dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 bulan ini apabila mencipta rekod dunia baharu pada saingan Liga Berlian Paris malam tadi.

Berbaki tiga minggu sebelum Olimpik Paris membuka tirainya, juara dunia itu berjaya melepasi had ketinggian 2.10 meter (m), mengatasi rekod lama yang dicipta oleh Stefka Kostadinova dari Bulgaria di Rom, Itali pada 1987.

Kejayaan itu sangat mengagumkan kerana ia adalah antara rekod olahraga tertua dunia yang sebelum ini gagal dipecahkan oleh mana-mana atlet.

“Saya rasa hebat kerana ini adalah lompatan yang luar biasa dan saya berjaya melakukannya pada percubaan pertama.

“Ia benar-benar luar biasa, lebih-lebih lagi kerana saya hanya melompat 2.07m pada percubaan kedua dan ia sudah menjadi catatan peribadi terbaik saya.

MAHUCHIKH bergambar papan elektronik menunjukkan catatan rekod dunia baharunya yang dilakukan di Paris malam tadi. – AFP

“Jurulatih beritahu mungkin saya harus berhenti kerana Sukan Olimpik lebih penting. Namun, saya rasa boleh melakukannya dan jujurnya saya ingin cuba mencipta rekod dunia. Akhirnya, saya dapat lakukannya pada percubaan pertama,” katanya.

Pencapaian tersebut memberi gambaran awal atlet yang berasal dari Dnipro, Ukraine itu bakal turun dengan status sebagai pencabar utama pingat emas di Olimpik Paris nanti dalam usaha memperbaiki kejayan tempat ketiga diraihnya di Olimpik Tokyo 2020.

Sebagai rekod, Mahuchikh yang pernah meraih emas Kejohanan Olahraga Dunia 2023, berjaya menewaskan pemenang tempat kedua dan ketiga iaitu dua atlet lompat tinggi Australia, Eleanor Patterson dan Nicola Olyslagers pada final Liga Berlian Paris malam tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI