fbpx

18 PATI ditahan cuba masuk negara secara tidak sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI warga Indonesia yang ditahan ketika cuba memasuki negara secara tidak sah.

PETALING JAYA – Seramai 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam Ops Benteng pagi tadi.

Serbuan dilakukan pada pukul 6.25 pagi sehingga pukul 11.25 pagi setelah anggota petugas Pos Pemerhati telah mengesan pergerakan masuk bot yang mencurigakan merapati pantai di sekitar kawasan am Kuari Batu, Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Kota Tinggi, Johor.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), pasukan bertindak menghubungi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan pasukan drone dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) untuk membuat pemantauan sebelum mengatur gerak pasukan Quick Reaction Force (QRF) bagi membuat penjejakan dan mengepung kawasan tersebut.

“Kesemua PATI ditahan berusia antara 18 hingga 45 tahun terdiri daripada 13 lelaki dan 5 wanita dipercayai baru tiba ke negara melalui jalan yang tidak sah.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM2,915.25, matawang Indonesia bernilai IDR 7,783,700 (RM2,215.46) bersama telefon pintar, barangan kemas serta jam tangan pelbagai jenama dengan kesemua jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM11,484.20,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua pati ditahan akan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen dan laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Bayu Damai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI