fbpx

Dua beradik kritikal termakan jajan ada racun tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bungkusan makanan ringan yang mengandungi racun tikus digantung di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim untuk memerangkap monyet.

KULIM – Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun kritikal selepas dipercayai termakan makanan ringan mengandungi racun tikus dalam kejadian di sebuah kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini semalam.

Kejadian disedari ibu mangsa berusia 25 tahun kira-kira pukul 11 pagi selepas mendapati dua kanak-kanak terbabit muntah dan mulut berbuih.

Difahamkan kejadian berlaku berhampiran rumah mangsa di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar yang mana kawasan kebun tersebut dipercayai milik penduduk kampung di situ.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, dua beradik itu dipercayai termakan makanan ringan berupa keropok mengandungi racun tikus yang digantung pada dawai besi sekeliling pagar kebun.

Salah seorang kanak-kanak yang dirawat di sebuah hospital akibat termakan makanan ringan mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Labu Besar, Kulim semalam. – Foto FB

Katanya, wanita terbabit seterusnya membawa dua anaknya itu ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim kira-kira setengah jam kemudian untuk rawatan.

“Hasil siasatan awal mendapati dua beradik itu mengambil satu peket keropok tersebut dan memakannya. Makanan ringan yang mengandungi racun tikus itu digantung pekebun untuk memerangkap monyet di situ,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua mangsa berada dalam keadaan kritikal dan dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang pada pukul 7.30 malam tadi untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, pihaknya masih mengesan suspek yang disyaki jiran mangsa dengan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) berkaitan kes pengabaiaan kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI