fbpx

Mansor Puteh derma darah 631 kali sepanjang hayatnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah oleh Pusat Darah Negara kepada keluarga Allahyarham Mansor.

PETALING JAYA – Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Allahyarham Mansor Puteh merupakan seorang bekas penderma darah, bahkan telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.

Kebaikan Allahyarham Mansor itu dikongsikan oleh Pusat Darah Negara menerusi hantaran Facebook semalam.

“Pusat Darah Negara mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mansor Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Julai.

“Allahyarham merupakan seorang bekas penderma darah dan telah menderma darah sebanyak 631 kali sepanjang hayatnya.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” menurut hantaran tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Allahyarham Mansor maut selepas kereta yang dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan di Jalan Alam Damai, Kuala Lumpur pukul 10.10 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh dipetik berkata, keadian berlaku ketika mangsa berusia 71 tahun yang menaiki kereta Proton Iswara dari arah Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai.

Setibanya di lokasi, mangsa yang juga pemandu hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibatnya, mangsa parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI