fbpx

Tebal muka berhutang demi suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mek YAM menguruskan suaminya, Ismail yang terlantar akibat diserang angin ahmar ketika ditemui di rumah pasangan itu di Kampung Sungai Budor, Kota Bharu baru-baru ini. – ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang isteri tidak mempunyai pilihan ke­cuali terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada saudara-mara bagi membeli barangan keperluan suaminya yang terlantar akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu.

Mek Yam Awang Hamad, 53, berkata, dia tidak dapat be­kerja untuk mencari wang kerana suaminya, Ismail Yahya, 61, memerlukan penjagaan rapi hampir setiap hari.

Meskipun Ismail menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400, namun jumlah tersebut tidak mencukupi ke­rana warga emas itu memerlukan lebih RM1,000 sebulan untuk membeli kelengkapan.

“Sebelum ini, suami saya be­kerja sebagai penjaga parkir di sebuah pasar raya. Dia diserang angin ahmar sebanyak dua kali kira-kira lima tahun lalu, tetapi masih boleh berjalan sebelum ini.

“Selepas diserang angin ahmar kali ketiga sehingga pitam dua tahun lalu, keadaan suami makin teruk dan kini terlantar. Sejak itu, suami sudah tidak boleh menguruskan dirinya sendiri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Budor, di sini baru-baru ini.

Mek Yam memberitahu, selain perlu meminum susu dan memakai lampin pakai buang, suaminya itu memakan kek kerana teksturnya yang lembut dan mudah untuk ditelan.

Sejak terlantar, Ismail sudah tidak boleh memakan nasi dan hanya bergantung kepada susu bagi mendapatkan tenaga.

“Apabila wang tidak cukup untuk membeli keperluan suami, saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjamnya daripada saudara-mara.

“Saya pula tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga suami sepenuh masa dengan dibantu anak perempuan berusia 22 tahun,” katanya.

Tambah Mek Yam, dua lagi anaknya berusia 23 dan 25 tahun sudah berkahwin, manakala seorang lagi anak berusia 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan.

“Anak-anak ada menghulurkan bantuan kewangan kepada kami, tetapi jumlahnya tidak seberapa kerana mereka mempu­nyai tanggungjawab terhadap keluarga selain pendapatan yang tidak menentu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mek Yam di talian 019-201 8258 atau menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional 0399541100103602 atas nama Mek Yam Wan Hamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI