SAAT pertama kali muncul dengan naskhah High School Musical hampir 20 tahun lalu, aktor Zac Efron menjadi kegilaan ramai dan buruan pihak produksi.
Namun, seiring masa berlalu wajah Efron yang berusia 36 tahun itu dikatakan mengalami terlalu banyak perubahan.
Bukan disebabkan faktor peningkatan usia, tetapi ramai yang mengatakan pelakon filem A Family Affair itu obses dengan pembedahan plastik dan botoks.
Perkara tersebut lantas membuatkan penonton mual dan menolak untuk menonton karya terbaharunya itu yang ditayangkan dalam Netflix.
Tidak kurang juga yang menyamakan wajah Efron dengan penerbit muzik terkenal, Simon Cowell.
Biarpun begitu, penonton tidak menafikan filem A Family Affair merupakan sebuah naskhah menarik dan menghiburkan.