fbpx

2.9 tan ayam beku seludup dirampas ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhari (kanan) menunjukkan ayam beku yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Jitong, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas sebanyak 2.9 tan ayam sejuk beku yang diseludup secara haram ke negara ini sepanjang tempoh seminggu kejadian banjir berlaku di kawasan ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA merampas ayam sejuk beku itu ketika melakukan pengurusan Ops Benteng Covid-19 dalam tiga serbuan di pangkalan haram Jitong, Jeram Perdah dekat sini.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan itu termasuk sebuah kereta yang dianggarkan berjumlah lebih RM124,000.

“Terbaharu, kita berjaya merampas sebanyak 720 kilogram (kg) ayam beku dalam serbuan pada pukul 5 pagi.

“Anggota PGA melihat enam lelaki sedang memunggah kotak-kotak ayam beku ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi di pengkalan haram itu,” katanya pada sidang akhbar di Markas PGA di Lubok Stol di sini hari ini.

Menurut Azhari, kesemua suspek bertindak melarikan diri dengan menggunakan perahu ke negara jiran.

Katanya, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan kotak-kotak yang mengandungi ayam sejuk beku.

Ujarnya, sejam kemudian, PGA telah telah merampas 567 kg ayam beku di lokasi yang sama.

“Siasatan awal mendapati ayam-ayam beku ini dibawa masuk kerana mendapat permintaan tinggi.

“Selain itu, faktor harga yang murah turut menjadi penyumbang kepada kerancakkan aktiviti penyeludupan ayam beku meskipun menghadapi kesukaran ketika musim banjir,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI