fbpx

Balkoni untuk disewa, harga RM4,578 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALKONI sebuah unit apartmen bersama katil ditawarkan untuk disewa. - Foto Facebook

SYDNEY – Seorang pemilik sebuah apartmen di Sydney telah mengiklankan balkoni kecil tertutup untuk disewa pada harga AUD$360 seminggu (RM1,144), lapor laman berita news.co.au kelmarin.

Sewa itu bermakna dalam tempoh sebulan, penghuninya terpaksa membayar sewa kira-kira AUD$1,440 (RM4,578).

Ini kerana keadaan pasaran perumahan Australia yang kini dilanda krisis.

Balkoni kecil itu diiklankan menerusi Facebook Marketplace yang menggambarkan balkoni di Haymarket, pinggir Sydney sebagai bilik cerah dan sesuai untuk memuatkan seorang penghuni.

Gambar menunjukkan bilik itu dihiasi sebuah katil bujang, cermin, bidai dan permaidani di atas lantai berjubin.

Pemilik unit apartmen itu berkata, sewa mingguan itu termasuk bil utiliti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI