SACHSENRING – Pelumba pasukan Pramac Racing, Jorge Martin mengakui akhirnya dapat menarik nafas lega apabila berjaya memecahkan dominasi juara dunia, Francesco Bagnaia untuk muncul juara perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Jerman semalam.
Pada saingan di Litar Sachsenring itu, Martin tidak mempamerkan pecutan dalam kelas tersendiri untuk bergelar juara dengan pelumba Aprilia, Miguel Oliveira di kedudukan kedua manakala Bagnaia melengkapkan podium.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Martin menamatkan penguasaan Bagnaia yang sebelum ini gah bergelar juara lima kali berturut-turut termasuk dua perlumbaan pecut dan tiga saingan GP.
“Ini adalah perlumbaan yang cukup sukar. Namun, nasib menyebelahi saya kali ini dan harap momentum dapat diteruskan pada perlumbaan sebenar malam ini,” kata Martin yang akan menyertai Aprilia pada musim depan. – AGENSI