fbpx

Pelajar Palestin di UKM tak perlu bayar yuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga UKM berhimpun secara aman di sekitar kawasan pekarangan universiti sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

BANGI – Sebagai tanda solidariti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengecualikan yuran pengajian termasuk yuran perkhidmatan kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Palestin yang mengikuti pengajian di sini.

Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata, pengecualian tersebut tertakluk kepada pelajar semester 1 dan 2 Sesi Akademik 2023/2024 serta tidak termasuk dengan yuran penginapan dan denda yang dikenakan ke atas pelajar.

Katanya, bagi mengurangkan beban pelajar Palestin di Malaysia, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Sara Hidup dan bantuan fi kursus pengajian atau yuran pengajian kepada pelajar menggunakan peruntukan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyalurkan bantuan sara hidup berjumlah RM251,100 kepada 27 pelajar Palestin yang berada di Malaysia dan sedang aktif mengikut pengajian di UKM.

“Bantuan ini dibayar kepada setiap pelajar tersebut sebanyak RM900 sebulan mulai November 2023 hingga Oktober 2024, tertakluk mereka berada di Malaysia dalam tempoh tersebut,” katanya.

Tambahnya, warga UKM sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemenangan penduduk Palestin, terutamanya kepada 65 penuntut negara tersebut yang sedang menuntut di universiti ini.

“Atas tanda keprihatinan dan ingatan kami bersama Palestin, kami anjurkan beberapa program termasuklah bacaan doa Qunut Nazilah untuk Palestin di Masjid UKM, perhimpunan aman solidariti Palestin, majlis bacaan Yassin dan kutipan sumbangan Tabung Palestin.

“Semoga bantuan yang diberikan dapat memberikan semangat dan meringankan beban kewangan pelajar Palestin dalam meneruskan pengajian masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI