fbpx

Prof. Shamsul Amri Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Muhriz (kiri) berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Shamsul Amri pada pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri hari ini.

 

SEREMBAN – Pengarah Pengasas, Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, 73, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1446 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Shamsul Amri pada pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446 Hijrah Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Masjid Negeri di sini hari ini.

Shamsul Amri yang merupakan anak kelahiran Jempol dilantik sebagai Profesor Ulung pada tahun 2010 dan merupakan Penyandang Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang Amalan Sosial dalam Komunikasi Antara Budaya dan Kesepaduan Sosial.

Beliau mendapat pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja dari tahun 1966-1969 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya, pada tahun 1973, Ijazah Sarjana Sastera di Universiti Malaya (1976) dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Antropologi Sosial di Monash University, Melbourne, Australia pada tahun 1983. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI