fbpx

Kenang perjuangan dan pengorbanan hijrah nabi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua pihak untuk bulatkan tekad terus beristiqamah dalam kebaikan dan berhijrah daripada yang mungkar kepada yang makruf pada Tahun Baharu Hijrah 1446 kali ini.

Menerusi satu perutusan hari ini, beliau juga menyeru untuk berhijrah daripada kemelampauan kepada kesederhanaan dan daripada keangkuhan kepada ketawadukan dan kesyukuran.

Beliau turut mengingatkan mengenai pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W dalam memperjuangkan agama Islam sehingga semua dapat menikmatinya pada hari ini.

“Perjuangan bagi meraih cita-cita yang tinggi tentunya menuntut pengorbanan.

“Tatkala kita mengenang peristiwa ulung Hijratur Rasul dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah, harus jua kita mengingat episod derita dan sengsara yang telah menyelubungi umat selama bertahun lamanya.

“Namun, Baginda tetap mendidik umat agar bersabar dan yakin dengan janji-Nya,” katanya.

Tambah beliau, maka daripada kekuatan rohani itu terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua.

“Sesebuah daulah akan sentiasa dalam berkat kejayaan (falah) selagimana dipaculkan akhlak dan nilai-nilai yang mulia dalam kehidupan masyarakatnya.

“Semoga Allah S.W.T memberkati tiap langkah dan ikhtiar kita, kullu ‘am wa antum bi khayr,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI