fbpx

Pas pertahan DUN Sungai Bakap, majoriti 4,267 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abidin (tengah) diumum menang PRK DUN Sungai Bakap

SEBERANG PERAI – Perikatan Nasional (PN) menerusi calon dari Pas, Abidin Ismail, 56, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan pembangkang berjaya mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lalu.

PRN lalu menyaksikan penyandangnya, Alllahyarham Nor Zamri Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal mewakili PN diangkat menjadi wakil rakyat selepas menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Pada PRK kali ini, Abidin menang dengan majoriti 4 267 undi dan memperolehi 14,489 undi menewaskan pencabarnya, Dr. Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.

Keputusan rasmi PRK DUN Sungai Bakap diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Dalam pada itu, Khairulnizam berkata, sebanyak 63,45 peratus pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya itu manakala sebanyak 208 undi telah ditolak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI