fbpx

[TIDAK RASMI] – PRK Sungai Bakap: PN menang majoriti 4,269 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abidin

 

SEBERANG PERAI – Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.15 malam tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin memperoleh 10,285 undi, manakala Abidin Ismail daripada PN memperoleh 14,554 undi.

Abidin atau lebih dikenali sebagai Abang Bidin menang dengan majoriti 4,269 undi pada PRK kali ini.

Mengikut data pengiraan, PH hanya memenangi satu saluran iaitu di Puteri Gunung daripada sembilan saluran.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat penjumlahan undi PH di Bukit Jawi Golf, Sungai Bakap, malam ini.

Jumlah pengundi berdaftar di DUN Sungai Bakap seramai 39,279 orang termasuk 57 anggota polis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI