fbpx

[VIDEO] Pemandu maut, lori rempuh kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori muatan tar melanggar sebuah kereta kemudian merempuh sebuah kedai di Bandar Lama Jerantut di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Seorang pemandu lori maut dalam kejadian kemalangan kira-kira pukul 3.15 petang melibatkan sebuah lori dan dua buah kereta di Jalan Bandar Lama Jerantut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, satu kenyataan media berhubung kemalangan itu akan dikeluarkan oleh pihak polis selepas siasatan dilakukan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai tujuh anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bergegas ke lokasi kejadian pada pukul 2.47 petang selepas menerima laporan.

“Komander operasi, Osman Malek mengesahkan berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang membawa muatan tar melanggar sebuah van dan merempuh sebuah kereta dan sebuah kedai.

“Mangsa seorang lelaki, iaitu pemandu lori berkenaan tersepit, manakala mangsa di dalam van juga seorang lelaki cedera di bahagian kaki dan telah dikeluarkan orang awam. Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI