fbpx

PRK Sungai Bakap: Dr. Joo atau Abang Abidin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyelia pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jawi, Mohd. Azmi Mat Husin menutup pintu pagar sebaik sahaja proses pengundian tamat pada pukul 6 petang tadi.

SEBERANG PERAI – Siapa gerangan calon yang akan diangkat sebagai wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bakal terjawab kurang dua jam lagi.

Ketika ini, kesemua sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran yang dibuka serentak bermula pukul 8 pagi tadi telahpun tutup pukul 6 petang ini.

Difahamkan, barisan kepimpinan dari dua blok parti terbesar di negara ini iaitu Pakaran Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mula berkumpulan di lokasi masing-masing bagi menunggu proses pengiraan undi dijalankan.

Proses pengiraan undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dekat Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, yang sebelum ini menjadi lokasi penamaan calon, 22 Jun lalu.

Data peratusan pengundi keluar mengundi setakat pukul 4 petang adalah seramai 57.77 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Difahamkan, itu merupakan peratusan kiraan terakhir yang dimaklumkan secara berkala dan jumlah keseluruhannya akan dinyatakan semasa pengumuman kemenangan calon malam ini.

Menerusi kumpulan WhatsApp pengamal media bersama PH, jemputan media telah diwar-warkan bagi liputan keputusan kemenangan calon bertempat di Dewan Majestic, Jawi Golf Resort di Sungai Jawi bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam ini.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr. Joohari Ariffin, 60, dari Pakatan Harapan (PH) dengan bekas pegawai khas kepada Allahyarham Nor Zamri Latiff, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail, 56, mewakili Perikatan Nasional (PN).

PRK ini dijangka sengit memandangkan Dr. Joohari mewakili Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) dalam misi merampas kembali kerusi yang pernah dimenangi parti itu selama tiga penggal dari 2008, sebelum jatuh ke tangan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Kawasan Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal diadakan semula pilihan raya susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut, pada 24 Mei lalu.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal mewakili PN diangkat menjadi wakil rakyat selepas menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI