fbpx

‘Terima kasih semua tidak putus asa cari Prebet Syafiq’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prebet Muhammad Syafiq Hilmi ditemui sekitar pukul 11.29 pagi tadi oleh kumpulan mencari dan menyelamat.

 

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang tidak berputus asa mencari anggota tentera yang hilang, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sehingga berjaya ditemukan hari ini.

Beliau menyifatkan, kesungguhan telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) itu dalam sepanjang tempoh 19 hari hilang di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Brunei.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ADBD) yang tidak berputus asa mencari anggota tentera kita yang hilang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Bantuan My Lesen kelas (B2) bagi Peringkat Parlimen Petra Jaya di Masjid Al Abyad, di sini hari ini.

Selain ATM dan ABDB, operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM).

Muhammad Syafiq dilaporkan hilang ketika menyertai Op Ukur di sempadan Malaysia-Brunei di Limbang pada 18 Jun lalu.

Muhammad Syafiq yang lengkap bersama peralatan dan senjata ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan SAR pukul 11.29 pagi tadi selepas berjaya menjejaki tanda-tanda panduan laluan rintis pencarian yang sengaja dibuat di sekitar lokasi pencarian sehingga beliau berjaya menemui lokasi Forward Operating Base (FOB) Tim A. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI