fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia pada hantaran Facebook memaklumkan, amaran tersebut melibatkan Kelantan (Jeli), Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka.

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Johor (Segamat dan Mersing) serta Sarawak membabitkan Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Lahad Datu),” ujarnya hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI