fbpx

Budak lelaki kena cubit, pengasuh ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran di Facebook dikongsi ibu bapa mangsa yang mendakwa anaknya dikasari akibat dicubit.

SEPANG – Seorang pengasuh wanita ditahan selepas disyaki mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah taska di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, wanita berusia 25 tahun itu ditahan di tepi Jalan Labohan Dagang – Nilai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat ibu mangsa petang semalam yang mendakwa anak lelakinya dikasari suspek.

“Mangsa telah menerima rawatan di sebuah klinik dan disahkan terdapat kesan lebam pada paha kanan dipercayai akibat dicubit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mengenai aduan oleh seorang bapa yang mendakwa anaknya dikasari pengasuh sehingga lebam di paha dipercayai dicubit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI