fbpx

Remaja langgar mati dua jurutera dihukum tulis esei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kereta Porsche yang remuk selepas melanggar dua jurutera perisian. - Foto PTI

NEW DELHI – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang memandu kereta Porsche secara laju sehingga membunuh dua jurutera perisian, dihukum menulis esei yang mempunyai 300 patah perkataan, lapor laman berita Wion News semalam.

Esei itu ditulis bagi mematuhi syarat jaminan Lembaga Kehakiman Juvana (JJB), kata seorang pegawai semalam.

Remaja bawah umur itu menyerahkan esei tersebut kepada JJB pada Rabu lalu, tambah pegawai berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada Mei lalu, remaja itu memandu sebuah Porsche pada kelajuan lebih 200 kilometer sejam di Kalyani Nagar, Pune.

Polis berkata, dia yang memandu kereta itu di bawah pengaruh alkohol, kemudian melanggar dua mangsa yang sedang menunggang motosikal.

Pada bulan lalu, remaja itu dibebaskan daripada hukuman pemerhatian di rumah selepas Mahkamah Tinggi Bombay memutuskan bahawa penahanannya adalah tidak sah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI