fbpx

’25 transaksi ke 16 akaun berbeza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA KANGSAR – Gara-gara mahukan pulangan berlipat kali ganda, seorang pesara kerani sekolah kerugian RM241,900 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, tawaran pelaburan itu dilihat mangsa berusia 67 tahun pada April lalu melalui laman sosial Facebook.

Katanya, mangsa tertarik dengan pelaburan tersebut yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus bagi setiap pelaburan yang dibuat.

“Sejak April hingga Jun lalu, wanita terbabit telah melakukan sebanyak 25 transaksi ke dalam 16 akaun bank berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM241,900.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima keuntungan seperti mana yang dijanjikan. Laporan polis dibuat mangsa pada pukul 10.48 pagi, semalam,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI