fbpx

Eksport durian ke China tidak pengaruh kenaikan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (dua dari kanan) menunjukkan durian IOI yang dijual sempena program Kendurian@Jualan Agro Madani di sebuah pasaraya di Peringit, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan tidak berlaku kenaikan harga durian di pasaran tempatan berikutan pengeksportan pertama durian segar ke China bermula September ini.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata, selain tidak berlaku kenaikan harga, ia juga tidak menjejaskan bekalan durian di pasaran tempatan selain tidak berlaku lambakan.

Menurutnya, eksport durian segar tempatan ke China dalam bentuk biji dan bukan ulas seperti sebelum ini hanya melibatkan durian gred A seperti Musang King, IOI, Duri Hitam dan sebagainya.

Beliau berkata, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini di peringkat mengaudit permohonan kira-kira 70 pusat pembungkusan dan lebih 200 ladang durian yang mematuhi piawaian Amalan Pertanian Baik (myGAP).

“Pengguna-pengguna biasa masih banyak pilihan kerana masih ada durian kampung yang ditawarkan pada harga mampu milik kerana durian yang dieksport hanyalah gred A dan premium.

“Kalau ada sedikit peningkatan harga, pengguna kena faham situasi usahawan dan petani sebab kos sekarang ini ada meningkat dan saya percaya harga adalah berpatutan.

“Jika berlaku kenaikan harga yang melampau perkara tersebut boleh dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut diambil dan setakat ini FAMA tidak menerima sebarang aduan,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan program Kendurian@Jualan Agro Madani di sebuah pasaraya di Peringit di sini hari ini.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI