fbpx

Mindef bahas laporan Ketua Audit Negara di Parlimen minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adly Zahari (tengah) dalam sidang akhbar selepas menyampaikan geran SPKLB di Taiping hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

Taiping – Kementerian Pertahanan (Mindef) akan membahaskan laporan ketua audit di parlimen pada minggu hadapan.

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata, pihaknya akan memberi penjelasan berhubung pelbagai laporan audit yang telah dikeluarkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) termasuk isu sasaran perolehan kapal yang sepatutnya TLDM terima sebanyak 18 buah kapal namun hanya empat kapal sahaja yang diterima pada ketika ini.

“Laporan itu akan dijawab dan dibahaskan dalam sidang Parlimen minggu hadapan.

“Kita akan beri penjelasan termasuk pelan rancangan kita untuk menjelang 2050 sepertimana rancangan yang asal,” katanya selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) 2024 di SSL Traders Hotel di Taiping hari ini.

Dalam perkembangan mengenai lawatan kumpulan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lawatan ke kuwait, beliau berkata pihak kementerian akan membuat keputusan berdasarkan daripada laporan kumpulan teknikal yang mengadakan rundingan mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet) itu.

“Sama ada kita nak buat perolehan berhubung perkara itu masih belum diketahui lagi kerana kita sedang menunggu laporan mengenainya.

“Keputusan akan dibuat setelah pihak kementerian menerima laporan daripada kumpulan teknikal yang ke sana dan aspek keperluan Tudm itu sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI