fbpx

Euro 2024: Nagelsmann akui Jerman pamer petanda positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN terpaksa akur tersingkir daripada saingan Euro yang berlangsung di laman mereka sendiri selepas ditewaskan oleh Sepanyol awal pagi semalam. - AFP

STUTTGART – Ketua Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann percaya pasukan itu telah memberikan isyarat yang cukup positif dan yakin gaya permainan mereka lebih baik berbanding Sepanyol biarpun tersingkir pada saingan suku akhir Euro 2024.

Aksi di MHP Arena, Stuttgart awal pagi semalam menyaksikan Jerman terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 menerusi gol minit-minit akhir masa tambahan menerusi Mikel Merino ketika mereka sudah bersedia untuk beraksi di penentuan sepakan penalti.

“Sepanjang aksi permainan berlangsung secara terbuka dan pada separuh masa kedua kami telah memberikan reaksi yang cukup positif selepas ketinggalan untuk mendapatkan gol penyamaan menerusi Florian Wirtz pada hujung perlawanan untuk ke masa tambahan.

“Selepas minit ke-60, jelas kami adalah pasukan yang lebih baik apabila memiliki banyak peluang dan saya fikir kami layak mendapat jaringan penyamaan tersebut. Kecuali lima minit babak kedua masa tambahan, saya fikir kami adalah pasukan yang lebih bersemangat inginkan kemenangan untuk keseluruhan aksi,” katanya.

Pada aksi berkenaan, Jerman mempunyai dua peluang sebelum dan selepas Wirtz meledak gol penyamaan iaitu menerusi Niclas Fuellkrug apabila dua percubaannya terkena tiang gol.

Jerman turut berpeluang untuk meraih satu lagi gol menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Marc Cucurella pada masa tambahan, namun pengadil enggan memberikan sepakan tersebut.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenainya, tetapi saya fikir kita perlu melihat mengenai tujuan sepakan dibuat sebelum bola terkena tangan itu. Tak mungkin seseorang pemain melakukan sepakan untuk sengaja menyasarkan tangan pemain lawan.

“Saya fikir mereka (pengadil) melihat mengenai perkara itu untuk menafikan sepakan penalti buat kami. Namun, itu bukanlah satu-satunya alasan kami tewas pada perlawanan kali ini,” jelasnya.

Biarpun terpaksa akur tersingkir pada saingan kali ini, pengendali Jerman itu percaya pasukan itu sudah mula diselubungi banyak elemen positif untuk kempen kali ini dan berharap ia akan terus kekal.

“Perbezaan pasukan kali ini dan yang sebelum ini adalah keinginan mereka untuk menang. Anda dapat melihatnya dengan jelas pasukan ini sangat inginkannya (kemenangan). Pemain telah memberikan segala-galanya di padang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI