fbpx

Jodoh anak murid sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhrianti bersama suami di majlis perkahwinan mereka, Jun lalu. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.

Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

“Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.

“Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.

Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.

“Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.

“Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan,” katanya.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.

Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI