fbpx

PRK Sungai Bakap: Mempelai sempat buang undi sebelum bersanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syafiq dan pasangan ditemui di pusat mengundi SK Jawi, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Biarpun perlu segera menghadiri momen bahagia pada majlis persandingannya hari ini, Muhammad Syafiq Mohd Rozei,29, tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Lengkap berpakaian songket berwarna coklat, Muhammad Syafiq tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Jawi, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi iaitu setengah jam sebelum majlis persandingannya bermula.

Hasrat Muhammad Syafiq untuk mengundi pada hari persandingannya itu turut disokong isterinya, Munirah Yahya, 24, sejurus selesai sesi solekan.

Muhammad Syafiq berkata, dia membuat keputusan untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat di Sungai Bakap walaupun menghadapi kekangan masa kerana majlis persandingannya dijadualkan pada pukul 1 tengah hari.

”Saya bernikah pada bulan lalu dan keluarga memang telah merancang untuk melaksanakan majlis kenduri serta majlis persandingan pada hari ini, tidak sangka pula tarikhnya jatuh pada hari pengundian.

“Ini merupakan kali ketiga saya mengundi, saya tetap cari masa untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi kerana mahu memilih wakil rakyat bagi kawasan Sungai Bakap,” katanya ketika ditemui di SK Jawi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Munirah berkata, dia menyokong keputusan suaminya untuk mengundi terlebih dahulu sebelum bergegas ke majlis persandingan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI