fbpx

Muhammad fokus bantu FC Osaka julang Liga J3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad memilih untuk berkelana ke kelab Jepun, FC Osaka secara pinjaman.

PETALING JAYA – Tonggak remaja Selangor FC, Muhammad Abu Khalil berharap dapat ‘mencuri’ ilmu bola sepak moden selepas mengesahkan penghijrahan secara pinjaman ke kelab Jepun, FC Osaka.

Sebagai rekod, Muhammad yang berusia 19 tahun telah berjaya menawan hati barisan kejurulatihan FC Osaka selepas ‘lulus’ menjalani sesi percubaan selama seminggu dengan kelab itu bulan lalu.

Menerusi kenyataan Muhammad di laman rasmi FC Osaka, perpindahan secara pinjaman itu akan dimanfaatkan sepenuhnya selain mahu memberikan yang terbaik buat kelab nanti.

“Saya sangat gembira apabila dapat menjadi sebahagian daripada kelab FC Osaka dan mahu membantu pasukan ini menang kejuaraan Liga J3.

“Sudah tentu saya sangat teruja untuk merasai pengalaman bermain di sini terutama belajar budaya bola sepak Jepun yang begitu disiplin.

“Sebelum ini saya telah berkomunikasi dengan barisan kejurulatihan serta rakan sepasukan dan mereka memberi sokongan penuh buat saya untuk beraksi di sini,” kata Muhammad.

Beberapa pemain negara sebelum ini pernah mencuba nasib di Jepun seperti Wan Zack Haikal Wan Noor, Nazirul Naim Che Hashim dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Selain, penyerang skuad Bawah 23 (B-23) negara, Luqman Hakim Shamsudin turut beraksi di Liga J3 dengan mewakili YSCC Yokohama secara pinjaman daripada kelab K.V Kortrijk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI