fbpx

Piala FA: Ramon Machado tekad beri hadiah ‘perpisahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramon Machado menjadi sandaran utama Sabah FC untuk merobek gawang TFC malam ini. Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Penyerang import Sabah, Ramon Machado berharap dapat memberi hadiah perpisahan buat penyokong menjelang aksi suku akhir Piala FA menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.

Sebagai rekod, pengurusan The Rhinos mengesahkan kontrak Machado telah ditamatkan atas persetujuan Bersama dengan pemain berusia 33 tahun itu akan menyarung jersi buat kali terakhir malam ini.

“Saya harap dapat jumpa anda semua esok di Stadium Likas jam 7:15 malam untuk perlawanan yang sengit! Jumpa anda semua di sana kawan-kawan,” kata Machado menerusi Instagramnya.

Semalam, Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid menerusi satu kenyataan media selepas spekulasi mengenai kedudukan Machado tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Mohd Joh berkata, perjuangan Sabah FC perlu diteruskan walaupun tanpa penyerang berumur 33 tahun itu dalam pasukan selepas ini.

“Bola sepak adalah sukan berpasukan. Saya menaruh penuh keyakinan kepada semua pemain yang ada untuk terus menggalas tugas membawa cabaran seterusnya.

“Terus beri sokongan padu dan semoga pasukan kita berjaya mencapai sasaran yang kita tetapkan,” katanya.

Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee berdepan misi mustahil untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas tewas 0-4 kepada TFC ada aksi pertama minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN