fbpx

Zarina Zainuddin terkejut anak cuma ada sebelah ginjal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zarina terkejut apabila anak ketiganya disahkan hanya mempunyai sebelah buah pinggang ketika sudah berusia 21 tahun.

PETALING JAYA – Berada dalam kondisi sihat sejak dilahirkan, pelakon Zarina Zainuddin terkejut apabila anak ketiganya, Muhamad Naim Azrai disahkan hanya mempunyai sebelah buah pinggang ketika sudah berusia 21 tahun.

Kata pemilik nama lengkap Nur Zarina Mohd. Zainuddin, 54, masalah tersebut hanya diketahui selepas anaknya secara tiba-tiba pengsan di rumah.

“Saya baru tahu semalam. Setelah doktor lakukan pemeriksaan, didapati Naim ada sebelah buah pinggang sahaja.

“Apabila dimaklumkan, barulah saya perasan. Selama ini, Naim habiskan masa lama di bilik air setiap kali hendak buang air kecil.

“Saya sedih kerana bimbang apa-apa terjadi kepadanya,” katanya.

Pelakon drama Girlfriend Kontrak itu berkata, tahap kesihatan Naim dalam keadaan baik namun doktor menasihatkannya tidak melakukan kerja berat.

Menurut Zarina, bagi memastikan kesihatannya terus stabil, Naim diminta menjaga pengambilan makanan.

“Naim kena mula jaga diet harian terutama elakkan makanan segera selain kena banyak minum air bagi membantu memudahkan pembuang air kecil.

“Bukan apa, bimbang dia menghadapi masalah kencing kotor yang boleh beri kesan kepada buah pinggangnya,” ujarnya.

Susulan itu, Zarina berkata, anaknya bakal menjalani prosedur pengimejan resonans magnet (MRI) untuk pemeriksaan lebih terperinci.

Selain Naim, Zarina dan suaminya Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar turut dikurniakan anak kembar, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 28, serta Muhammad Adam Azrai, 18. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI