fbpx

Dua maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN salah sebuah motosikal yang bertembung dan menyebabkan dua mangsa maut dalam kejadian di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam berhampiran pekan Simpang Renggam, Kluang di sini malam semalam.

KLUANG – Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar maut selepas dua buah motosikal bertembung dalam kejadian di Kilometer 78, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam berhampiran pekan Simpang Renggam di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 11.15 malam itu melibatkan seorang remaja, Luqman Afiq Amir, 16, menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan Suzuki RG Sport yang ditunggang oleh seorang lelaki warganegara Myanmar berusia 40an.

Katanya, hasil pemeriksaan awal ke atas kedua-dua motosikal itu mendapati motosikal Honda EX5 milik ayah angkat Luqman Afiq mempunyai lesen Kenderaan Motosikal (LKM) sehingga bulan November tahun ini namun penunggangnya tidak mempunyai lesen memandu.

“Manakala Suzuki RG Sport kepunyaan seorang lelaki lain ( Tong Ching Yong) Lesen Kenderaan Motosikal (LKM) telah tamat tempoh sejak tahun 2020 manakala penunggangnya tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika remaja berkenaan yang menunggang motosikal secara berseorangan datang dari arah Machap ke Simpang Renggam manakala penunggang warganegara Myanmar dari arah bertentangan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, sebaik sampai di lokasi kemalangan, remaja berkenaan dikatakan hilang kawalan mengendalikan motosikalnya menyebabkannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang warganegara Myanmar itu.

Ujarnya, akibat kejadian itu, remaja berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Penunggang warganegara Myanmar yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia hanya beberapa minit dirawat di Zon Merah Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI