fbpx

Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin berucap pada program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' di Dataran Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah berhubung pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya memburu Low Taek Jho atau Jho Low.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemulangan aset itu lebih utama kerana aset yang dikembalikan kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) itu adalah aset negara.

“Apabila aset itu dikembali kepada DOJ, kita tahu kalau ianya babit aset negara kita. Jadi, sudah tentu fokus kita adalah pemulangan aset,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Larian Hari Polis ‘Community Safety Run’ di sini, hari ini.

Katanya, ketika negara di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, skandal 1MDB menggunapakai penyelesaian global selain penyelesaian dengan Goldman Sachs ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya adakah kerajaan tidak lagi memberi tumpuan usaha memburu Jho Low, beliau menegaskan tumpuan kerajaan ketika ini adalah kepada pemulangan aset.

“Fokus kita adalah pemulangan aset 1MDB, saya ingat itu keutamaan moment ini buat kita,” katanya.

Baru-baru ini, Jho Low dilaporkan akan menyerahkan harta bernilai lebih AS$100 juta (RM471 juta), termasuk sebuah apartmen mewah di Paris dan karya seni Claude Monet dan Andy Warhol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI