fbpx

Kerajaan teliti lanjut dua sistem pengurusan pekerjaan asing yang didakwa bertindih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin berucap pada program Larian Hari Polis 'Community Safety Run' di Dataran Putrajaya di sini, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti lanjut dua sistem pengurusan pekerjaan asing yang didapati fungsinya bertindih oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya akan memutuskan sama ada salah satu daripada sistem itu akan dimansuhkan selepas penelitian dibuat.

Beliau berkata, pihaknya mengikuti rapat laporan oleh PAC itu dan pegawainya akan meneliti lanjut pendedahan mengenai dua sistem berkenaan.

“Kami akan buat keputusan (mansuh salah satu atau tidak) apabila kami teliti semua perkara,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Larian Hari Polis ‘Community Safety Run’ di sini, hari ini.

Katanya, dalam soal pengurusan pekerja asing, ada empat falsafah digunapakai iaitu mengurangkan kos migran, mempercepatkan proses kelulusan, menjaga kebajikan pekerja asing dan menjaga keperluan majikan.

Sebelum ini, PAC mendapati berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan ia dilihat membazirkan wang awam.

Ia melibatkan Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI