SEBERANG PERAI – Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 10 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kenaikan sekali ganda peratusan pengundi ini berlaku selepas satu jam data dikeluarkan pada pukul 9 pagi tadi.
Terdahulu, sebanyak 8.88 peratus pengundi keluar membuang undi di sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran sejak pukul 8 pagi tadi.
Lokasi pusat pengundian adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.
Pada PRK DUN Sungai Bakap, seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab bagi memilih wakil rakyat atau Yang Berhormat (YB) baharu kawasan itu, hari ini. -KOSMO! ONLINE