fbpx

Parit bertukar kemerahan, minyak dari kilang sawit ‘tumpah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran yang tercemar di sekitar lokasi kejadian.

KLANG – Tumpahan minyak dari kilang simpanan minyak sawit menyebabkan aliran air bertukar ‘kemerahan’ di pintu air Jalan Tangki, Pelabuhan Klang di sini, semalam.

Insiden pencemaran itu dikesan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kira-kira pukul 11 pagi.

LUAS berkata, semakan lanjut dimaklumkan terdapat kebocoran paip hos di dalam premis tersebut.

Katanya, ini menyebabkan tumpahan minyak masuk ke dalam longkang premis dan mengalir ke dalam parit berhampiran.

“Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.

“Pihak premis telah menghentikan operasi dan melaksanakan pembaikan paip hos tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasminya.

LUAS memaklumkan, pihaknya telah mengarahkan kilang tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa tumpahan di kawasan yang terlibat.

Tambah, pihak bomba juga telah memasang oil boom di parit terlibat bagi mengawal tumpahan pada masa yang sama.

“Persampelan kualiti air telah dilakukan dengan sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut bagi tindakan penguatkuasaan.

“Kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999 di atas kesalahan mencemarkan sumber air,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI