fbpx

[VIDEO] ‘Batu dari langit’ habis rosak kereta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga kereta terkena balingan batu dari tingkat atas di sebuah pangsapuri di Puchong.

PETALING JAYA – Tiga kereta yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Puchong mengalami kerosakan pada cermin hadapan selepas dipercayai terkena batu dibaling dari tingkat atas.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna TikTok Mael Lambong Asis yang memuat naik video memperlihatkan kesan kerosakan tersebut.

“Tengok rosak kereta, satu dua tiga sebab ada ‘owner’ rumah atas tu dia campak batu. Kalau kena orang ni mati,” katanya pada video itu.

Pada kapsyen video itu, pengguna akaun tersebut menyarankan kepada pemilik kereta untuk mencari mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

“Kepada ‘owner’ kereta, tolong lah cari tuan rumah ni sampai dapat. Kereta baharu weh,” katanya.

Pada ruangan komen pula, orang ramai marah terhadap tindakan tersebut, manakala salah seorang dipercayai pemilik kenderaan turut memberi maklum balas kejadian itu.

“Kereta kita bang. Kita dah buat laporan polis pagi tadi, kita tengok apa akan jadi,” komen Gulabiqueen.

“Eh bahaya. Dah bagitahu ke pengurusan? Saya selalu ‘park’ sini juga,” kata nisacarlead yang kemudiannya dibalas pemilik video tersebut bahawa dia telah memberitahu kepada pihak pengurusan pangsapuri.

“Rasanya ni batu hiasan balkoni. Ada la tu budak-budak main baling-baling kot,” kata ArBrkenar’s. – KOSMO! ONLINE

@maellambongasisKepada owner kereta..tolong la cari tuan rumah ni sampai dapat..kete baru weh💆‍♂️♬ original sound – Mael Lambong Asis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI