fbpx

[VIDEO] 4 buah rumah di Jelutong musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Bukit Dumbar, George Town, pagi tadi.

GEORGE TOWN – Empat buah rumah musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Bukit Dumbar, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, kebakaran tersebut melibatkan empat unit rumah (kelas c) dan peratusan kemusnahan sebanyak 90 peratus.

”Kebakaran turut memusnahkan beberapa buah motosikal penghuni dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya, dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI