fbpx

Permohonan Abdul Azeez batal pertuduhan didengar 25 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZEEZ

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 25 Januari tahun depan bagi mendengar permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 12 pertuduhan menerima rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Pihak pendakwaan selaku responden dijadualkan memfailkan afidavit bagi menjawab permohonan tersebut pada 6 Januari 2021 manakala pihak pembelaan selaku pemohon akan membalasnya pada 13 Januari 2021.

Tarikh-tarikh itu ditetapkan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Noraziha Asmuni selepas pengurusan kes yang turut dihadiri oleh peguam Joshua Tay yang mewakili Abdul Azeez manakala Timbalan Pendakwa Raya S. Kirubini
mewakili pihak responden.

Pada 18 Disember lalu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Abdul Azeez memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa anak guamnya telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan 12 pertuduhan yang dihadapinya.

Ketika itu, Hisyam memohon agar perbicaraan yang didengar di hadapan Hakim Azura Alwa ditangguhkan bagi membolehkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan tersebut terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Azura mengarahkan perbicaraan diteruskan kerana tiada sebarang perintah daripada mahkamah lain untuk menggantung prosiding itu.

Perbicaraan kemudian diteruskan dengan saksi kelima pendakwaan, Pegawai Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Azrin Abdul Razak daripada Ibu Pejabat JPJ Putrajaya dengan membaca pernyataan saksinya.

Perbicaraan bersambung 8 Februari.

Ahli Parlimen Baling itu menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek berkenaan serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan hampir RM140 juta.

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank
Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI