fbpx

Anak kucing ‘gila’ makan durian, ‘curi’ hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor anak kucing yang ‘gila’ memakan durian.

PETALING JAYA – Gelagat seekor anak kucing yang sangat suka memakan durian membuat netizen ‘cair’ melihat kecomelannya menikmati raja buah itu.

Video berdurasi 44 saat yang dikongsi di laman TikTok @Abangkucing menunjukkan anak kucing itu tidak mahu melepaskan buah durian yang disuap oleh pemiliknya dan makan habis sampai tinggal biji.

“Baru jumpa baby (bayi) ni. Orang buang tepi jalan. Dia gila durian.

“Dia ni lain macam sikit. Gila durian. Tak boleh nampak orang makan durian, panjat-panjat minta. Tak boleh banyak. Pitam pula dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang lucu dan geram dengan kecomelan anak kucing berbelang hitam kelabu itu yang makan dengan sangat lahap buah durian tersebut.

“Sama macam kucing saya. Makan macam ni juga, gila durian. Sebiji habis dekat dia,” kata MadamAlia.

“Dik, tu durian tau bukan wetpud (wet food),” kata justnaz.

“Sakit nanti sayang, panas durian tu alolo somel (comel) sangat,” kata mariautoi.

Perkongsian video tersebut berjaya mencapai jumlah tontonan sebanyak 857,500 dan 90,300 tanda suka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI