fbpx

Ketua kampung berani bawa 2 isteri ke majlis rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHALIKUL bersama dengan dua isterinya pada majlis rasmi. - Berita Siber.com

JAKARTA – Seorang ketua kampung mencuri perhatian para tetamu kerana dia membawa dua isterinya menghadiri  satu majlis rasmi di wilayah Kalimantan Selatan, lapor portal berita TribunJatim.com semalam.

Ketua Kampung Handilsuruk, Khalikul Basir yang lebih dikenali sebagai Alex, membawa dua isterinya itu pada majlis rasmi pemimpin-pemimpin desa di daerah Tanahlaut, Rabu lalu.

“Memimpin masyarakat perlu adil dan bijak seperti memimpin rumah tangga,” kata Alex kepada akhbar Banjarmasin Post.

Khalikul memiliki dua isteri yang hidup rukun dan damai sejak hampir 15 tahun lalu.

Keadilannya dalam memimpin terbukti apabila dia dilantik memegang jawatan ketua kampung sebanyak dua kali.

Dia menjadi ketua kampung itu bagi tempoh 2013 hingga 2018 dan diberikan kepercayaan memegang jawatan tersebut sekali lagi untuk tahun 2020 hingga 2028. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI