fbpx

Sungai Klang lepasi paras amaran bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sungai Klang di bahagian Selat Muara Selangor dilaporkan melepasi paras amaran bahaya sejak petang tadi.

Menerusi laman sesawang info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 6 petang ini, keadaan sungai tersebut menunjukkan trend meningkat.

Berdasarkan data aras sungai, paras Sungai Klang di Selat Muara mencatatkan 2.99 meter (m) melebihi paras amaran iaitu 2.40 m.

Bagaimanapun, keadaan sungai di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih mencatatkan paras normal setakat ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku di negeri Selangor melibatkan kawasan di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Mersing di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI