fbpx

Polis ganti bapa teman kanak-kanak lelaki ambil kad laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan pegawai polis berkenaan bersama Ilham. - Yuga Hassani

JAKARTA – Hasrat seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang mahu mengambil kad laporan di sekolahnya sambil ditemani anggota polis akhirnya tercapai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Kanak-kanak lelaki bernama Ilham itu menghantar surat kepada polis terbabit untuk menemaninya ke sekolah.

Selain meminta ditemani, surat itu juga ditulis kerana dia tidak tahu keberadaan ayahnya.

Susulan itu, seorang pegawai polis nekad menemani Ilham ke sekolah dan mengambil kad laporannya.  

“Ilham berkata bahawa dia ingin ditemani oleh polis kerana tidak tahu keberadaan ayahnya.

“Namun, dia juga ingin ayahnya mengambil kad laporan itu bersama-sama,” kata ibu Ilham.

Perbuatan kanak-kanak lelaki terbabit mengundang perhatian orang ramai dan menjadi tular di media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI